Pelakon Isa Khan memuat naik hantaran mengenai sikap segelintir suami yang terlalu menurut kemahuan isteri sehingga mengabaikan peranan sebagai ketua keluarga.
Menerusi hantaran di Insta Story, Isa berkongsikan sedang membaca ayat-ayat suci al-Quran serta larangan bersujud kepada sesama manusia menerusi hadis Nabawi.
BACA: “Jamilah? Trend Yang Memalukan, Menjatuhkan Umat Islam” – Isa Khan

Malah, Isa turut meluahkan rasa sedih melihat segelintir golongan suami disifatkan dayus apabila menurut kemahuan isteri yang bercanggah dengan ajaran agama.
“Di akhir zaman ini, suami yang sujud pada isteri.Sedih tengok banyak suami menjadi dayus hari ini dan hanya turutkan segala kemahuan isteri. Walaupun bercanggah dengan agama,” tulisnya.






