hidayah.tanzizi@hmetro.com.my
Petaling Jaya: Polis sedang mengesan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya sejak Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, remaja itu, Nur Aidil Fitri Arasy Helmi dilaporkan dilihat kali terakhir berada di Apartment Sri Meranti, Bandar Sri Damansara di sini, pada 5.50 petang, kelmarin.
“Remaja itu berketinggian 163 sentimeter dengan berat 53 kilogram, berkulit cerah dan berambut hitam.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Katanya, maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222A atau pegawai penyiasat kes, Inspektor Izahita di talian 010-2513690.
© New Straits Times Press (M) Bhd