Di mana waris Allahyarham Muhammad Afiq

Di mana waris Allahyarham Muhammad Afiq


nurul.hidayah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Hospital Sungai Buloh sedang mengesan waris kepada seorang tahanan lelaki yang meninggal dunia di hospital berkenaan.

Hospital itu dalam kenyataan dimuat naik di Facebook memaklumkan pesakit itu bernama Muhammad Afiq Abu Bakar berusia 36 tahun.

“Lelaki itu disahkan meninggal dunia di Wad Kecemasan, Hospital Sungai Buloh jam 11.39 malam pada 13 April lalu.

“Pihak Jabatan Penjara sudah melakukan pencarian berdasarkan alamat terakhir waris iaitu 118, Lorong Keramat 3, Datok Keramat, di di sini, namun tiada maklumat keluarga diterima,” katanya.

Justeru itu, pihak Hospital Sungai Buloh memohon waris serta orang ramai yang mengenali si mati dan waris supaya tampil memberikan maklumat.

“Orang ramai boleh hadir ke Jabatan Forensik hospital ini atau menghubungi jabatan di talian 03-61454333 sambungan 3100,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top