“Dia Baran Sampai Saya Takut, Tak Boleh Ditegur Langsung”

“Dia Baran Sampai Saya Takut, Tak Boleh Ditegur Langsung”


Pelakon Uqasha Senrose membuat pendedahan mengejutkan hari ini apabila mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga sepanjang empat tahun perkahwinan dengan Kamal Adli.

Memetik mStar Online, Uqasha berkata sikap baran suaminya yang tidak boleh ditegur dipercayai menjadi punca keganasan, malah dia tiada privasi di rumah mendakwa kawan lelaki suaminya keluar masuk.

BACA:  “Mengandung Pun Dia Boleh Pukul Saya” – Uqasha Dakwa Dipukul, Didera Sejak Kahwin

“Dia baran sampai saya takut. Tak boleh ditegur langsung. Dalam menjaga anak tak ada toleransi. 

“Anak saya perempuan, rumah pula macam rumah bujang. Kawan lelaki keluar masuk. Saya tak ada privasi dengan anak saya,” katanya.

Terdahulu, peguam sivil mewakili Uqasha memaklumkan anak guamnya sudah membuat empat laporan polis berhubung dakwaan keganasan rumah tangga bermula awal Disember lalu.

“Tiga laporan difailkan oleh Uqasha dan satu oleh ibu Uqasha. Semua laporan libatkan aduan daripada Uqasha bahawa dia telah didera dan dipukul,” katanya.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top