Baru-baru ini aktivis Hazwani Helmi membuat penjelasan mengenai isu tular selepas dikecam menggunakan iPhone 17 ketika di ABPBH.
Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan cara Hazwani membuat penjelasan dimana ada netizen mendakwa seolah memerli netizen.
BACA: “Itu Pemberian Orang” – Hazwani Helmi Jawab Isu Guna iPhone 17
Malah, netizen mendakwa Hazwani seolah tidak ikhlas memohon maaf berkenaan isu tersebut.

“Maaf cakap cara dia clarify keadaan ini menunjukkan betapa tingginya ego dia berhubung isu iPhone 17 pro max yang diguna semasa ABPBH.
“Dia boleh pilih untuk minta maaf dengan rendah hati tapi dia pilih untuk memerli netizen,” kata netizen.
Sementara itu, hantaran individu tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendakwa sikap yang ditunjukkan tidak seiring dengan cara pemakaian.
Terdahulu, Hazwani menjelaskan telefon tersebut merupakan pemberian orang dan dia manfaatkan peranti tersebut untuk keperluan membuat kandungan video.






