Suami kepada Allahyarham Nadia Kesuma iaitu Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah menyifatkan isterinya seorang yang baik, penyayang dan setia.
Menerusi hantaran di Facebook, Kamarul turut bersyukur dapat menghantar isterinya ke destinasi terakhir yang ingin dikunjungi dan mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.
BACA: “Nadia Ada Cakap Memang Nak Meninggal Di Sana”
“Ya Allah, daripada-Mu kami datang dan kepada-Mu kami akan kembali. Dia seorang isteri yang berbakti, penyayang, ikhlas dan setia.
“Semoga Allah merahmatinya dengan keampunan. Sayangku, aku akan sentiasa merinduimu. Aku bersyukur kerana sempat menghantarmu ke destinasi terakhir,” tulisnya.
Difahamkan, jenazah Nadia kini berada di Hospital King Fahad dan akan dikebumikan di Jeddah.






