Pelakon Datin Seri Umie Aida menyorot perhatian ramai apabila berkongsi momen spontan membabitkan penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi.
Menerusi perkonsgian video pendek di platform media sosial, Heliza kelihatan meletakkan trofi kemenangannya di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 (ABPBH37) ke dalam beg plastik berwarna putih.
Menurut Umie, tindakan tersebut sememangnya mencerminkan keperibadian Heliza yang sentiasa tampil sederhana.
“Trofi letak dalam plastik? Memang itulah perangai Heliza.
“Dia menang sebab dia jadi diri dia sendiri, tanpa perlu berlakon,” katanya.
Dalam perkongsian sama, Umie turut memberikan kata-kata sokongan penuh makna terhadap Heliza, khususnya ketika berdepan pelbagai kontroversi melibatkan dirinya sebaik sahaja kemenangan diumumkan baru-baru ini.
“Perjuangan harus diteruskan. Biar di luar sana pertikaikan keikhlasan mu. Tak perlu jawab!
“Ikhlas antara mu dan Allah SWT. Stay strong & silent @nurhelizahelmi & @hazwanihelmi @zizi_kirana. #sumudflotilla,” jelasnya.






