Kakak kepada pempengaruh media sosial Umisya Mazlan mendedahkan adik kepada Marissa Dania iaitu Maria Danisha pernah menghantar mesej peribadi kepada Umisya.
Menerusi perkongsian di Threads, menurut Nadia Maria menghantar mesej kepada Umisya untuk memohon maaf di atas kekhilafan kakaknya.
BACA: “Tunggu Orang Nampak Usaha Tapi Perhatian Ke Tempat Lain” – Luahan Anak Ketiga Abby, Norman

“Misya pernah bagi tahu Kakya (Nadia) , dia personally pada satu ketika pernah DM misya minta maaf tentang semua yang berlaku on behalf kakaknya,” tulisnya.
Kagum dengan tindakan Maria itu, Nadia mendoakan agar anak bongsu Abby dan Norman itu sentiasa diperlihara.
“MashaaAllah. Semoga anak ini sentiasa dalam Rahmat dan Kasih Sayang Allah, Allah pelihara dia dari berbuat jahat sesama manusia,” tulisnya.
Diruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Maria yang disifatkan sangat matang serta mendoakan agar gadis berusia 18 tahun itu menjadi orang yang berjaya.







