Konflik rumah tangga pasangan pelakon popular, Uqasha Senrose dan Kamal Adli masih menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.
Mana tidaknya, pelbagai bukti baru didedahkan Uqasha sebelum ini berhubung perkahwinannya bersama suami sehingga menerima respons negatif dalam kalangan masyarakat.
ARTIKEL BERKAITAN:“Selama Ni Aku Diperbodohkan Seluruh Ahli Keluarganya?” – Uqasha Senrose Dakwa Nikah Tanpa Pengetahuan, Pertikai Tarikh Sijil Nikah Berbeza Dari Hari Akad
ARTIKEL BERKAITAN:Sayang Uqasha Senrose & Anak Melebihi Segalanya, Kamal Adli Mohon Warganet Henti Provokasi
Terbaharu, menerusi perkongsian di Threads, Betty tampil mempertahankan rakannya itu yang dianggap sebagai seorang yang tidak materialistik malah, sangat rajin bekerja demi mencari duit.
“Uqasha yang saya kenali tak pandang harta benda. Sangat rajin kerja cari duit dengan meniaga.
“Buka booth sana sini. Anda tak kenal kan? Apatah lagi berborak,” katanya.
Berkongsi lanjut, Betty juga meminta agar mana-mana pihak di luar sana sentiasa berhati-hati dalam memberikan respons terutamanya di media sosial berhubung isu rumah tangga pasangan terbabit.
” Jadi, berhati-hati dalam berkata-kata.
“Semoga Allah permudahkan urusan Uqasha,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet mendoakan agar urusan Uqasha dan Kamal Adli berjalan lancar.








