Pelakon Diana Danielle mengakui secara terbuka dirinya sudah mempunyai teman istimewa dan sudah bersedia untuk move on.
Memetik Harian Metro, Diana berkata selepas hampir setahun bercerai baginya sudah tiba masanya membuka buku baru bersama jejaka yang juga ahli perniagaan.
BACA: Dakwaan Farid Kamil Terlibat Kes Dadah, Diana Danielle Harap Berita Tidak Benar
“Perkara itu bukanlah sesuatu yang besar bagi saya dan saya rasa ia juga tidak salah memandangkan sudah hampir setahun rasanya bab itu (perceraian) berlalu dalam hidup saya.
“Saya fikir sudah sampai masanya, malah saya sudah bersedia untuk ‘move on’. Saya sudah berkenalan dengan seseorang yang sesuai, jadi kita boleh buat keputusan sendiri,” katanya.
Sementara itu, ditanya adakah sukar untuk membuka pintu hati kembali, Diana berkata kesukaran mungkin lebih dirasai kekasihnya.
“Saya rasa memang susah untuk dia kerana bagi saya cabarannya adalah untuk kembali mempercayai orang baharu.
“Saya juga ada anak, jadi saya bimbang jika timbul isu tertentu. Sebab itu saya cuba menguruskan perkara ini dengan perlahan dan berhati-hati supaya tidak tersalah langkah atau membuat keputusan,” katanya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai penerimaan anak-anak, Diana berkata buat masa ini hubungan hanya tertumpu pada mereka sahaja.
“Bagi saya sekarang ini, dia lebih banyak meluangkan masa dengan saya sahaja. Dia belum lagi bersama anak-anak atau sebagainya kerana saya tidak mahu mencampuradukkan perkara itu,” katanya.
Sumber: Harian Metro





