Diana sanggup gugurkan tuntutan nafkah tertunggak daripada Farid

Diana sanggup gugurkan tuntutan nafkah tertunggak daripada Farid



syafil.syazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: “Kalau dia lepaskan saya, saya akan gugurkan perkara ini.”

Demikian kata pelakon, Diana Danielle ketika memberikan kenyataan mengenai tuntutan nafkah yang tertunggak daripada suaminya, Farid Kamil.

Diana ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan berkata, dia bagaimanapun akan teruskan dengan tuntutan nafkah kerana Farid nampaknya, menangguhkan perceraian mereka.

“Tindakan seterusnya adalah, saya memutuskan untuk tuntutan nafkah saya kerana apabila dia memanjang dan memberatkan isu, saya rasa peluang yang saya beri ini, sia-sialah.

“Tuntutan nafkah itu adalah, tuntutan sebelum ini. Yang tertunggak bertahun-tahun lalu. Bagi saya, tak perlu saya nak beritahu secara terperinci, cuma kekecewaan saya ini, saya akan luahkan dengan cara sepatutnya.

“Apa pun yang terlalu peribadi, biarlah kekal menjadi hal peribadi,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Pagi tadi, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini memerintahkan Farid dan Diana melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin memerintahkan demikian susulan keengganan Farid melafazkan cerai terhadap Diana pada prosiding kes permohonan perceraian mereka.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top