Didakwa Mencalarkan Imej Malaysia, Netizen Kritik Aksi Kak KM ‘Baring’ Di Lintasan Shibuya Crossing

Didakwa Mencalarkan Imej Malaysia, Netizen Kritik Aksi Kak KM ‘Baring’ Di Lintasan Shibuya Crossing

Didakwa Mencalarkan Imej Malaysia, Netizen Kritik Aksi Kak KM ‘Baring’ Di Lintasan Shibuya Crossing


Usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih mesra disapa sebagai Kak KM menjadi sebutan hangat di media sosial apabila didakwa ‘mencalarkan’ imej Malaysia ketika bercuti di Jepun.

Menerusi sebuah hantaran di platform Threads miliknya, Kak KM memuat naik sebuah video memaparkan dia dan anak perempuannya, Nabila berlari melintas di salah satu lintasan pejalan kaki paling sibuk di dunia iaitu Shibuya Crossing.

Namun begitu, aksi Kak KM yang terjatuh akibat berlari melintas menjadi tumpuan ramai lebih-lebih lagi apabila dia dan anaknya, Nabila secara spontan terus terduduk dan terbaring bagi mengambil gambar.

Tindakan mereka itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang mengatakan aksi demikian didakwa tidak beradap dan memalukan sekali gus mencalar imej Malaysia sebagai pelancong di negara Jepun.



Source link

OR

Scroll to Top