Pelakon dan usahawan, Nur Nilam Ortiz, tampil mempertahankan tindakannya membantu pelakon, Puteri Balqis Azizi selepas didakwa segelintir pihak sengaja menumpang isu bagi meraih populariti.
Menepis dakwaan itu, Nilam menegaskan, keputusannya menghulurkan bantuan termasuklah menanggung kos guaman Aqish dan keluarga dibuat atas dasar keprihatinan dan kemampuan, bukan untuk meraih perhatian.
Katanya, sekiranya benar Puteri Balqis berdepan tindakan saman, dia bersedia menanggung sepenuhnya kos guaman demi memastikan hak pelakon berkenaan serta ibunya terbela.
“Kalau betul Puteri Balqis disaman, saya akan bantu hire a good lawyer dan cover all legal fees sampai selesai just to make sure dia dan mak dia defended properly.
“Orang yang banyak luka selalunya berani bercakap sebab dah terlalu lama diam. From what I see, Puteri Balqis is a good kid, and when it comes to dignity and truth, benda tu memang kena dipertahankan. If she needs anything, I hope she knows how to reach me,tolong jangan ganggu dia, biarkan mereka tenang,” katanya.

Mengulas dakwaan kononnya dia sengaja mencuri perhatian, Nilam mengakui reputasinya tidak memerlukan publisiti murahan.
“Tak perlu pun sebab orang pun dah kenal saya siapa, tapi as muslim apa salahnya membantu, lagi pun Aqish budak baik, saya pernah berkerjasama dengan dia, once come to maruah Insyaa-Allah siapa pun saya ada di belakang,” jelasnya.

Dalam pada itu, Nilam menerusi hantaran berlainan pula menjelaskan, tindakannya itu dibuat bukan sebab populariti melainkan dia mampu dan selesa dengan hubungan yang jujur serta tidak bersyarat.
“Bila aku bantu orang lain, ia bukan kerana populariti, status, atau siapa yang mereka kenal.
“Aku bukan memilih lingkaran berdasarkan nama besar, dan bukan juga kerana aku tidak mampu berkawan dengan sesiapa, tetapi kerana aku lebih selesa dengan hubungan yang jujur dan tidak bersyarat.
“Nilai seseorang, pada aku, tidak diukur melalui rangkaian yang dibanggakan tetapi bagaimana dia berdiri dengan prinsipnya sendiri apabila tiada siapa melihat.
“Aku membantu kerana aku mampu, bukan kerana siapa dia atau apa yang boleh aku peroleh daripadanya,” tegasnya.









