Didera mental, fizikal punca tahanan etnik Rohingya lari dari Depot Bidor

Didera mental, fizikal punca tahanan etnik Rohingya lari dari Depot Bidor


KUALA LUMPUR – Kekerasan dan penderaan merupakan antara punca 131 orang tahanan etnik Rohingya melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor (DISB) pada Februari lalu.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) berkata,kekerasan dan penderaan terhadap tahanan etnik Rohingya sejak dari tahun 2020 hingga 2021 ketika mereka ditempatkan di Kem Wawasan Langkawi, sebelum dipindahkan ke beberapa depot imigresen, termasuk DISB

Siasatan ini dijalankan berdasarkan aduan yang diterima dan mengikut subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].

Menurutnya, terdapat unsur kekerasan melampau serta penderaan fizikal dan mental yang dialami oleh tahanan-tahanan di DISB.

“Beberapa pegawai JIM di DISB, termasuk dua orang pegawai yang pernah bertugas di Kem Wawasan Langkawi sebelum ditukarkan ke DISB, didapati telah melakukan kekerasan melampau serta penderaan fizikal dan mental terhadap tahanan etnik Rohingya sehingga mengakibatkan kecederaan kepada mereka,” katanya dalam kenyataan di sini.

Selain itu, pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang bertugas di DISB didapati tidak peka terhadap keadaan sekeliling sebelum insiden tersebut (melarikan diri) berlaku.

Menurutnya, bangunan DISB, yang merupakan bekas Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), mempunyai kelemahan infrastruktur yang tidak memenuhi standard yang diperlukan untuk berfungsi sebagai depot tahanan.

Kegagalan dalam pemantauan pegawai kanan dan penyelia di DISB memantau dan bertindak untuk mengawal keadaan semasa insiden tersebut merupakan punca insiden itu berlaku.

EAIC berkata, kekerasan dan penderaan terhadap tahanan etnik Rohingya sejak dari tahun 2020 hingga 2021 ketika mereka ditempatkan di Kem Wawasan Langkawi, sebelum dipindahkan ke beberapa depot imigresen, termasuk DISB.

Sehubungan itu, EAIC memutuskan untuk merujuk syor hukuman terhadap pegawai-pegawai yang terlibat kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) JIM.

Cadangan penambahbaikan infrastruktur depot tahanan juga akan dikemukakan kepada Ketua Pengarah JIM.

EAIC telah membuat laporan polis mengenai isu kekerasan dan penderaan terhadap tahanan etnik Rohingya di DISB dan Kem Wawasan Langkawi bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top