Didie, Elly Suriaty buat kutipan bantu anak Amyza, hidap kanser

Didie, Elly Suriaty buat kutipan bantu anak Amyza, hidap kanser



am@hmetro.com.my

Putrajaya: Pelakon dan pengacara ‘senior’ Didie Alias, 53, merancang untuk membuat kutipan bagi membantu membiayai kos pembedahan anak pelakon Amyza Aznan, 50, iaitu Andre Mikhail, 18, yang disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga.

Didie berkata, dia sudah berbincang dengan pelakon Elly Suriaty untuk membuat kutipan bagi mengurangkan beban yang ditanggung Amyza dan keluarganya ketika ini.

“Amyza ada hubungi saya beritahu keadaan Andre yang sudah disahkan doktor pakar menghidap kanser paru-paru tahap tiga dan kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) serta perlu menjalani pembedahan.

“Pada masa sama, Elly yang turut melawat Andre di hospital sebelum ini ada menghantar ‘Direct Message’ (DM) pada saya untuk menguar-uarkan kutipan itu bersama rakan artis dan kawan-kawan rapat untuk membantu Amyza. Kutipan itu akan disalurkan terus ke akaun milik Andre.

“Justeru, pada rakan artis dan kawan rapat yang berhasrat untuk membantu dari segi kewangan boleh berhubung secara terus dengan saya dan Elly dengan segera,” katanya kepada Harian Metro.

Didie ditemui pada acara pertunjukan fesyen The Royal Gala pereka fesyen terkenal Calvin Thoo yang berlangsung di sebuah di sini, kelmarin.

Sementara itu, diminta mengulas kecaman netizen yang mendakwa Amyza tetap keluar bekerja ketika anak sulungnya sakit dan dirawat di hospital pula, Didie berkata, dia meminta netizen berhenti melontarkan kecaman pada sahabatnya itu.

Terdahulu, Amyza memohon doa dari pengikutnya agar anak sulungnya, Andre yang disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga diberikan kesihatan baik.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top