Isteri kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida berkongsi rutin raya yang dilakukan setiap tahun bersama keluarga.
Menerusi perkongsian di TikTok, Shahida berkata setiap tahun mereka sekeluarga akan menyewa sebuah homestay dan akan menziarahi saudara mara.
BACA: Shahida Dedah Anak Keempat Hidap ADHD & Disleksia
@shahidadherbs2 Ini lah rutin ataupun tradisi kami setiap tahun. Kami satu keluarga akan sewa homestay lepas tu akan datang beraya semua keluarga terdekat belah papa. Anak anak wajib ikut takde tinggal tinggal. Mama nak biasa kan mereka bergaul dengan semua orang. Seronok sebah peluang nak jumpa mereka ni jarang sebenarnya. Time raya ni la masa yang sangat sesuai berkumpul bersama
? bunyi asal – Nur Shahida Mohd Rashid – Nur Shahida Mohd Rashid
“Ini lah rutin ataupun tradisi kami setiap tahun. Kami satu keluarga akan sewa homestay lepas tu akan datang beraya semua keluarga terdekat belah suami di Sg Besar, Selangor,” katanya.
Sementara itu, Shahida berkata anak-anak diwajibkan untuk ikut serta dan dia mahu mereka bergaul serta mengenali saudara mara.
“Anak anak wajib ikut takde tinggal tinggal. Mama nak biasa kan mereka bergaul dengan semua orang.
“Seronok sebab peluang nak jumpa mereka ni jarang sebenarnya. Time raya ni la masa yang sangat sesuai berkumpul bersama,” katanya.






