Difitnah Tuntut RM5 Juta, Ibu Mentua Nubhan Nak Saman

Difitnah Tuntut RM5 Juta, Ibu Mentua Nubhan Nak Saman


Ibu mentua kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Zailah Zainudin bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu menyebarkan fitnah serta menjatuhkan maruah keluarganya.

Menerusi perkongsian di Instagram, ibu kepada Dr. Afiyah Hidayah meluahkan rasa sedih apabila namanya serta kelurganya dibawa ke perhatian umum.

BACA: “Tak Perlu Berebut Anak Saya, Kalau Kahwin Orang Muda Boleh Buat Anak Baru” 

“Beberapa hari ini, saya dan keluarga melalui ujian berat apabila pelbagai cerita dan tuduhan disebarkan secara terbuka di media sosial. Sebagai ibu, saya sedih nama saya dan keluarga dibawa ke perhatian umum dengan pelbagai tafsiran yang tidak benar.

“Saya tidak pernah mencari perhatian, apatah lagi mahu bergaduh dengan sesiapa. Apa yang saya harapkan hanyalah ketenangan buat anak-anak dan cucu-cucu saya yang kini turut terkesan.

“Saya telah melantik peguam Tetuan Aizat Izuan Shakeel untuk meneliti setiap kenyataan dan hantaran berunsur fitnah. Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang menyebarkan maklumat palsu serta mencemarkan nama baik saya dan keluarga,” katanya.

Menurutnya lagi, pihaknya tidak akan berdiam diri dan telah melantik peguam serta tindakan undang-undang akan diambil terhadap individu yang menyebarkan fitnah.

Terdahulu,  timbul dakwaan kononnya RM5 juta dituntut ibu kepada Dr Afifah sekiranya anaknya itu diceraikan.






Source link

OR

Scroll to Top