Digantung empat tahun akibat guna bahan terlarang

Digantung empat tahun akibat guna bahan terlarang


Lausanne: Unit Integriti Olahraga (AIU) menggantung atlet Ukraine, Maryna Bekh-Romanchuk selama empat tahun selepas dia didapati positif testosteron dalam ujian air kencing di luar pertandingan yang diambil pada Disember 2024, umum AIU, hari ini.

Maryna, pemenang pingat perak acara lompat jauh dan lompat kijang di Kejohanan Dunia, menafikan pengambilan testosteron tetapi gagal menjelaskan kehadiran metabolit bahan itu dalam sampelnya, kata AIU dalam satu kenyataan.

Atlet berusia 30 tahun itu, yang pernah meraih emas lompat kijang pada Kejohanan Eropah 2022 dan Sukan Eropah 2023, menyatakan dia amat tidak bersetuju dengan keputusan AIU, sambil menambah bahawa dia akan berehat daripada olahraga untuk memberi tumpuan kepada keluarga dan kesihatannya.

“Saya menolak untuk menandatangani sebarang dokumen yang memerlukan saya mengaku bersalah kerana saya seorang yang jujur, dan kemanusiaan serta maruah diri sangat penting bagi saya,” tulis Maryna di Instagram.

“Hari ini, saya terpaksa membuat pilihan sukar. Saya tidak lagi mampu berjuang di dua medan untuk membersihkan nama baik saya di hadapan AIU dan untuk masa depan dalam kehidupan peribadi.

“Ia sangat meletihkan, terutama dari segi emosi, dan memberi kesan kepada kesihatan saya.

“Sebab itulah saya memutuskan untuk berehat seketika bagi memberi tumpuan kepada keluarga dan kesihatan diri saya,” katanya lagi.

AIU berkata, tempoh penggantungan Maryna bermula pada 13 Mei lalu, iaitu tarikh dia digantung sementara.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top