Enggan berdiam diri dengan tuduhan yang diterimanya, personaliti media sosial, Umisya Mazlan tampil mempertahankan diri selepas didakwa ‘menumpang populariti madu’ termasuklah mengawal suaminya, Ahmad Aslam.
Katanya, dia mengakui sudah lama bersabar, namun kali ini dia tidak lagi mampu menahan diri apabila pelbagai tohmahan melampaui batas diberikan terhadapnya.
“Beberapa hari ini memang saya dian sahaja tapi kalini, tak boleh la sebab dah overlimit.
“Macam apa salah saya? Entah apa silap dan dosa saya sampai dituduh sebegini?
“Mudahnya manusia berkata-kata, sebab apa? Sebab saya diam ke? Sebab saya tak bercerita apa hal sebenarnya? Betul ke saya gaslighting? Kalau saya nak buat benda-benda begini dah lama terjadi. Bahkan, kalau benda tu terjadi tak ada yang boleh hidup seperti biasa.
“Terlalu kejam lidah manusia berkata-kata,” katanya.

Umisya turut menegaskan, isu yang dikaitkan dengannya langsung tidak ada kaitan dengan urusan rumah tangga apatah lagi dia sendiri sudah lama enggan memperbesarkan hal peribadi melibatkan dirinya dan keluarga.
Tambahnya, walaupun pernah melalui detik sukar, dia kini memilih untuk fokus terhadap masa depan diri sendiri dan anak-anak.
“Tak ada kena mengena langsung dengan hal rumah tangga. Even saya sendiri dah tak suka bercerita tentang hal rumah tangga.
“Saya tak pernah berbangga dengan apa yang jadi bahkan, lagi malu dengan dikenali sebagai asbab sekian, sekian… Tapi saya, ambil positif dengan hal-hal yang terjadi sekarang ini. Saya pandang ke depan kalau boleh tak nak dah toleh belakang lagi dengan peristiwa lama.
“Sebelum poligami saya bersyukur atas segala yang Allah aturkan untuk saya sekarang. Tapi itulah, bila saya terima semua keadaan ni, move on dengan cuba untuk tunjuk kehidupan sayabaik-baik sahaja untuk saya tengok masa depan nanti bahawa Ummi dan Papa baik-baik sahaja. Menjadi satu kesalahn ditempat saya sebagai isteri dan ibu,” jelasnya.
Dalam masa sama, Umisya menegaskan dia tidak pernah meletakkan sebarang syarat atau mengawal keadaan rumah tangganya sebagaimana yang didakwa segelintir pihak.
“Dekat sini saya nak tegaskan, saya tak pernah meletakkan syarat, tak pernah saya suarakan itu dan ini sebagai isteri.
“Tak pernah saya yang mengarah segala kejadian dalam rumah tangga,” ujarnya.


Untuk rekod, suami Umisya iaitu Ahmad Aslam pernah mencetus perhatian selepas berkahwin dengan Marissa Dania, anak kepada pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.
Aslam dan Umisya sebelum ini mendirikan rumah tangga pada Julai 2020, namun pernah berpisah pada September 2023 sebelum kembali rujuk ketika masih dalam tempoh idah.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata, Hud, Nuh serta seorang bayi perempuan yang kini berusia 10 bulan.
ARTIKEL BERKAITAN:“Banyak Sebenarnya Boleh Diceritakan Dari A Hingga Z, Tapi Cukuplah Dengan…” – Umisya Mazlan Luah Perasaan
ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Faham Kenapa Umisya Dikecam? Kalau Nak, Kecam Saya” – Aslam ‘Backup’ Isteri Pertama
ARTIKEL BERKAITAN:“Isteri Dah Cantik Pun Suami Tetap Cari Lain” – Netizen Terhibur Umisya Mazlan ‘Sekolahkan’ Aslam
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Isteri Dikritik Tak Cantik, Aslam Pertahankan Umisya… Dedah Wang Hantaran Cecah RM20,000? – “Dia Lawa, Yang Komen Tu Insecure”





