Dikecam Bertubi-Tubi, Mia Sara Akui Minta Pertolongan Kasih Iris Leona – “Dia Sangat Baik”

Dikecam Bertubi-Tubi, Mia Sara Akui Minta Pertolongan Kasih Iris Leona – “Dia Sangat Baik”

Dikecam Bertubi-Tubi, Mia Sara Akui Minta Pertolongan Kasih Iris Leona – “Dia Sangat Baik”


Pelakon sensasi, Mia Sara, mendedahkan dia pernah mendapatkan sokongan daripada pempengaruh media sosial, Iris Leona, susulan kecaman bertubi-tubi yang diterimanya di media sosial.

Menurut Mia, Leona yang sering menjadi sasaran kecaman dilihat tidak terkesan langsung dengan kata-kata negatif netizen dan kekal ceria sehingga kini.

“Kasih Iris Leona selalu kena kecam tapi dia langsung tak terjejas. Dia nampak ‘bubbly’ sahaja sampai sekarang. Saya terus mesej dia, kami ‘video call’ dan berbual tentang isu saya. Dia baik sangat, bagi nombor dan kami terus ‘FaceTime’,” katanya.

Mia berkata, dia turut bertanya kepada Leona mengenai cara berdepan kecaman, terutamanya apabila namanya sering dikaitkan dengan perubahan imej dirinya.

“Saya tanya dia macam mana dia atasi semua itu, sama ada dia terkesan atau tidak. Orang kenal saya masa saya bertudung labuh, lepas itu bila tudung saya dah singkat dan saya buat TikTok dengan Leona, komen-komen mula kecam Leona. Mereka kata dia punca saya jadi macam itu,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Dakwa Mia Sara Berubah Kerana Berkawan Dengan Kasih Iris Leona?

Mia berkongsi perkara berkenaan ketika menjadi tetamu jemputan dalam podcast Kita Kita Aje yang dikendalikan oleh penyampai radio dan pengacara, Aznil Nawawi.

Sebelum ini, nama Mia menjadi sebutan ramai selepas rakan industri, Puteri Balqis, mendakwa dirinya menjadi mangsa buli.

Keadaan bertambah tegang apabila beberapa video dan foto mirip Mia yang didakwa berhibur di kelab malam turut tular di media sosial.

Artikel Berkaitan: Puteri Balqis Bongkar Mesej Kawan Rapat Mia Sara, Cerita Sisi Gelap Didakwa Libat Pergaulan Bebas & Pengkhianatan

Artikel Berkaitan: “Yang Makan D*dah, Minum Ar*k, Gugurkan Anak Bukan Aku, 100 Peratus Kau!,” – Puteri Balqis Gesa Mia Sara Mohon Maaf



Source link

OR

Scroll to Top