Penyanyi dan pelakon remaja, Alyssa Dezek, sekali lagi menarik perhatian ramai, namun kali ini bukan kerana bakat seninya, sebaliknya atas kejayaan akademik yang membanggakan.
Dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berlangsung baru-baru ini, Alyssa mencatat keputusan cemerlang dengan memperoleh 6A, hasil usaha gigih serta bimbingan daripada kelas dalam talian PTTI.
Namun, di sebalik kejayaan tersebut, segelintir warganet mempertikaikan pencapaiannya dan mendakwa kejayaan itu diperoleh kerana kelebihan tertentu, bukan hasil usaha sendiri.
Menurut Alyssa, kejayaan yang dikecapinya adalah hasil disiplin dan kesungguhan membahagikan masa antara pelajaran dan kerjaya seni.
“Walaupun jadual saya padat dengan penggambaran, saya tetap luangkan masa untuk belajar. Saya mahu tunjukkan bahawa kesibukan bukan alasan untuk gagal. Dengan bantuan tenaga pengajar PTTI, markah saya semakin meningkat dan akhirnya berjaya dapat keputusan cemerlang,” katanya ketika ditemu bual oleh Pakar SPM PTTI, Sir Race.
Berbekalkan semangat tinggi dan sokongan berterusan daripada PTTI yang menawarkan kaedah pembelajaran interaktif serta teknik menjawab soalan berkesan, Alyssa kini menaruh harapan besar untuk mencapai keputusan straight A dalam peperiksaan SPM sebenar nanti.
Kisah kejayaannya menjadi inspirasi kepada ramai pelajar bahawa kejayaan tidak bergantung pada latar belakang atau status, tetapi pada usaha dan keazaman untuk berjaya.
Bagi pelajar Tingkatan 1 hingga 5 yang ingin mencapai kecemerlangan seperti Alyssa, layari laman rasmi www.ptti.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kelas dalam talian PTTI.





