‘Dikenenkan’ Dengan Pelakon Lelaki, Hazwani Helmi Akhinya Tampil Bersuara – “Ya, Dia Ada Mesej Saya Tapi Hanya Setakat Itu Saja”

‘Dikenenkan’ Dengan Pelakon Lelaki, Hazwani Helmi Akhinya Tampil Bersuara – “Ya, Dia Ada Mesej Saya Tapi Hanya Setakat Itu Saja”


Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi, tampil membuka mulut berhubung spekulasi segelintir pihak yang mula ‘mengkenenkan’ dirinya dengan seorang pelakon lelaki selepas mereka digandingkan dalam sebuah drama.

Menerusi siaran langsung di TikTok, adik kepada selebriti Heliza Helmi itu mengakui aktor berkenaan ada menghubunginya untuk bertanya mengenai perkara yang tular itu.

“Betul, dia ada WhatsApp saya. Tapi mesej itu langsung tak menggambarkan apa yang ramai bayangkan.

“Dia cuma tanya, ‘Okay ke bila orang padankan (ship) kita?’, itu saja. Perbualan kami berhenti setakat itu. Tak ada sambungan, tak ada apa-apa unsur seperti yang kalian fikirkan.

“Saya jawab berdasarkan prinsip saya dan Alhamdulillah, pihak sana terima dengan hati terbuka,” katanya.

Hazwani atau nama sebenarnya Nur Hazwani Afiqah Helmi berkata, dia memahami perkara itu tercetus kerana sokongan peminat terhadap drama lakonan mereka.

Namun, dia sekali lagi menegaskan tiada sebarang hubungan antara dirinya dan aktor terbabit.

“Saya faham, ramai bukan ‘ship’ pun, cuma mendoakan. Tapi saya bukan jenis letak ekspektasi tinggi tentang jodoh yang saya sendiri pun tak tahu siapa. Allah lebih tahu apa yang terbaik.

“Saya bukan wanita sempurna dan saya tak menghukum sesiapa. Cumanya, buat masa ini memang tak ada apa-apa antara kami.

“Sebab itu saya rasa perkara ini perlu dibendung sebelum jadi tidak terkawal. Isu seperti ini libatkan banyak pihak, dan saya mahu bekerja dalam suasana yang harmoni,” jelasnya.

@honey90_2

kita sebagai fans jgn buat benda yang jadi host tak selesa🫶🫰 #hazwanihelmi #fyp #fypシviral #content #hiburan

♬ bunyi asal – lluvv_zaa💞 – lluvv_zaa💞





Source link

OR

Scroll to Top