Pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay, mencuri perhatian apabila secara terbuka berkongsi dirinya menjalani rawatan estetik demi penampilan lebih segar dan menawan bagi tahun 2026.
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Liyana atau nama penuhnya, Liyana Jasmay Abdul Jalil, tidak berselindung mengenai perancangannya untuk melakukan beberapa rawatan pada wajah termasuk memancungkan hidung, mengurangkan garisan di leher serta membentuk jawline.
“Nak mancungkan hidung, nak buang garisan di leher, nak buat jawline. Nak jadi wow untuk tahun 2026,” katanya.
Mengulas lanjut, pelakon berusia 37 tahun itu mengakui keputusan tersebut dibuat selepas sering menerima komen mengenai penampilannya yang kelihatan penat dan kurang segar.
“Nak cantik memang kena buat, kalau tak orang asyik cakap mata kuyu, muka tak segar, nampak penat, kulit kusam dan hitam. Jadi, tahun 2026 kita buat saja muka kita. Nantikan wajah saya selepas transformasi,” ujarnya lagi.

Dalam hantaran sama, Liyana turut memaparkan dirinya berada di sebuah pusat rawatan wajah dan estetik, dipercayai bagi menjalani prosedur yang dirancang.







