Dilabel Masih Belum ‘Move On’, Boss Ned Mengaku Sentiasa Lindungi Nora Danish – “Will Have Your Back Always Mommy”

Dilabel Masih Belum ‘Move On’, Boss Ned Mengaku Sentiasa Lindungi Nora Danish – “Will Have Your Back Always Mommy”


Bekas suami kepada pelakon jelita, Nora Danish iaitu Nedim Nazri atau lebih dikenali dengan panggilan Boss Ned tampil membalas kenyataan Nora selepas aktres itu mempertahankannya daripada terus dilabel sebagai belum ‘move on’ daripada perkahwinan mereka.

Menerusi perkongsian di ruangan Instagram Story, Boss Ned kelihatan memuat naik tangkap layar sebuah portal hiburan mengenai kenyatan Nora.

“Saya percaya kebaikan dan rasa hormat harus sentiasa kekal, walaupun kehidupan membawa kita ke jalan yang berbeza.

“Terima kasih atas kebaikan itu dan kerana berani mempertahankan sesuatu ketika ia benar-benar penting,” katanya.

Jelas Boss Ned, tanpa rasa hormat sesuatu hubungan itu pasti akan berakhir sekali gus menyatakan pendiriannya akan sentiasa melindungi dan mempertahankan bekas isterinya itu.

“100 per cent without respect than it’s over kan?

“Saya akan sentiasa ada dibelakang awak, Mommy… Inshaa-Allah,” tulisnya.



Source link

OR

Scroll to Top