Pelakon dan usahawan terkenal, Datin Intan Najuwa menjadi perhatian ramai apabila tampil bersuara mengenai isu kes jenayah membabitkan pelajar sekolah yang semakin membimbangkan kebelakangan ini.
Menerusi hantaran di Threads, Intan menzahirkan rasa kecewa dan bimbang terhadap insiden melibatkan pelajar bawah umur termasuk kes buli, rogol dan pembunuhan seperti yang tular.
Menurut pelakon drama Jesnita itu, apa yang berlaku kini seharusnya menjadi peringatan besar buat ibu bapa agar lebih peka terhadap perkembangan emosi dan sosial anak-anak mereka.
“Cukup dengan perbuatan saling menyalahkan antara satu sama lain. Apa yang kita perlukan sekarang adalah accountability and action.
“Setiap orang kena mainkan peranan masing-masing terutamanya ibu bapa, dan kita semua. Ia bermula dari rumah.
“Please jaga anak masing-masing. Be alert with every change in their behaviour, attitude dan apa sahaja yang mereka bawa ke sekolah.
“Anak-anak ini ibarat kain putih kita lah yang mencorakkannya.
“Kalau kita gagal untuk bimbing mereka sekarang, yang lain pula akan merana dikemudian hari. Jaid, ayuh kita buka mata dan bertanggungjawab,” katanya.
Dalam pada itu, Intan berpendapat, walaupun sistem sekolah dan peraturan boleh diperketatkan, hakikatnya jumlah pelajar yang terlalu ramai membuatkan tugas guru menjadi semakin mencabar untuk memantau setiap pelajar secara menyeluruh.
Sekali gus menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa pelajar yang terlibat dalam insiden tragis di sekolah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat yang diutarakan Intan terhadap masalah sosial pelajar kini.
Malah, kenyataan dan langkah-langkah yang disenaraikan Intan untuk mencegah masalah ini disifatkan sebagai bijak.