Penerbit dan pelakon, Sheila Rusly mencuri tumpuan apabila berkongsi tangkapan skrin memaparkan selebriti, Nur Fazura memujinya mentua idaman setiap wanita.
Menerusi perkongsian di platform Threads miliknya, Sheila sempat mengusik dan berseloroh mahu menjadikan Fazura menantu sekiranya dia mempunyai anak lelaki lagi.
“Kalau ada anak lelaki lagi nak jer sis jodohkan dengan Fazura. Ok bye,” usiknya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan menantu-menantu Sheila sangat beruntung kerana mempunyai mentua yang baik hati.
Ada juga dalam kalangan netizen yang mengatakan Fazura sudah ‘berpunya’.






