Ditegur Gemuk, Alya Iman Berjaya Turun 15 Kg Dalam Lima Bulan

Ditegur Gemuk, Alya Iman Berjaya Turun 15 Kg Dalam Lima Bulan


Pelakon Alya Iman berkongsikan dia berjaya menurunkan hampir 15 kilogram dalam tempoh lima bulan daripada berat asalnya 70 kilogram.

Memetik HibGlam, Alya berkata dia menurunkan berat badan demi kesihatan dan atas kehendak sendiri. Tambahnya lagi, sepanjang tempoh tersebut dia ke gim dan menjaga pemakanan.

BACA: “Terasa Sikit Orang Cakap Kita Gemuk” – Alya Iman Berjaya Turun 7 Kg

“Alhamdulillah, saya berjaya turunkan 15 kilogram dalam masa kira-kira lima bulan. Waktu itu saya memang tidak bekerja, banyak masa di rumah, pergi gim setiap hari, jaga pemakanan dan sertai kelas seni pertahanan diri.

“Buat masa ini saya kurang sihat, jadi saya berhenti sekejap ke gim untuk rehatkan badan. Saya memang mahu kurus, tetapi bukan sebab tuntutan kerja.

“Sebagai pelakon, memang ada tanggapan perlu kurus, namun keinginan itu datang daripada diri sendiri. Saya mahu lebih sihat dan berpeluang mencuba watak aksi,” katanya.

Sementara itu, Alya mengakui terkilan apabila bentuk fizikalnya ditegur ketika berada di set penggambaran sebelum ini.

“Ada juga orang menegur kata ‘awak ini heroin, mana boleh gemuk, kenalah kurus’. Teguran itu bukan daripada seorang, malah beberapa individu dalam industri.

“Sudah tentu ada rasa terkilan sebab kita pun manusia. Kalau hendak menegur, elok guna cara lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, Alya berkata mentaliti industri sepatutnya berubah kerana bakat seseorang sepatutnya menjadi ukuran berbanding saiz tubuh.

“Pernah juga masa penggambaran, ada yang berkata ‘awak heroin, tengok pelakon pembantu lagi kurus daripada awak.

“Sedangkan di luar sana ramai heroin berbadan berisi dan tetap berjaya. Mungkin sudah tiba masanya mentaliti industri berubah,” katanya.

Sumber: HibGlam






Source link

OR

Scroll to Top