Mommy Deve atau pemilik nama lengkap Vanessa Ziandry Putri A berhadapan dengan pelbagai tentangan ketika memutuskan untuk bergelar mualaf. Salah seorang ‘penentang’ ialah ibunya sendiri.
Keputusan wanita berusia 30 tahun ini untuk memeluk Islam bukanlah tanpa sebab.
Memetik perkongsian di portal Vivo.co.id, bapanya menjadi asbab utama dia memeluk Islam apabila bapanya kembali kepada ajaran Islam setelah berpisah dengan ibunya akibat rusuhan di Lombok sekitar tahun 2000.
Bukan itu sahaja, Mommy Deve juga semakin yakin kerana banyak persoalannya terjawab menerusi al-Quran.
“Apabila berlaku kekecohan di Lombok, ibu dan ayah berpisah. Kemudian ayah kembali menjadi seorang Islam.
“Sebelum ini ayah telah bertukar kepada agama ibu. Dan saya ingin belajar bagaimana Islam itu,” kata Mommy Deve.
Keazaman Mommy Deve untuk memeluk Islam semakin kuat selepas berpindah ke Surabaya dan bertemu dengan Sigit Pradigta, lelaki yang kini bergelar suaminya.
Mereka bertemu di sebuah majlis Ramadan. Suaminya mendedahkan, keputusan Mommy Deve untuk memeluk Islam bukanlah mudah.
Mommy Deve tidak pernah berputus asa untuk memeluk Islam. Selepas melafazkan syahadah, dia memutuskan untuk berhijab serta mendalami ilmu keislaman yang sebenar.
“Saya masuk Islam pada 2011. Bagi saya, tidak semua orang boleh mendapat pahala (hidayah) itu. Macam kertas putih, kebaikan itu tetap dikira sejak lahir sehingga kita masuk Islam.
“Peluang ini hanya datang sekali dan saya sedar akan kewajipan seorang Muslimah. Jadi selepas syahadah saya segera berhijab dan mendalami Islam,” kata Mommy Deve.
Kini Mommy Deve berasa lebih tenang dan menemui jawapan kepada persoalannya. Dia berharap penghijrahannya ini diterima oleh keluarga besarnya.
“Semoga dikuatkan iman, tunjuk ajar ini kekal, diberikan kesihatan sekeluarga, dan hubungan dengan keluarga bertambah baik,” katanya.
Menyentuh tentang permulaan kerjayanya sebagai pempengaruh, minatnya dalam bidang penciptaan kandungan digital bermula daripada hobinya yang gemar melancong dan staycation.
Mommy Deve sering mengabadikannya melalui video dan kemudian memuat naik di platform media sosial, salah satunya YouTube.
“Harapan saya agar semua kandungan digital saya menghiburkan, bermaklumat dan berilmu seterusnya memberi rahmat kepada semua,” katanya.
Kredit Foto: Instagram Mommy Deve
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Download seeNI sekarang!


Baru-baru ini viral di media sosial, apabila ramai mempertikaian tudung selebriti cilik Mia Sara yang dikatakan singkat juga menyarung baju menampakkan susuk tubuh. Teruk Mia Sara dikritik netizen yang beranggapan tidak sesuai Mia berpenampilan begitu.
Menyedari perkara itu, bapa Mia Sara tampil memohon maaf atas kekhilafan anaknya yang sedang meningkat remaja itu. Dia menerima kritkan netizen dan turut menjelaskan baju yang digayakan Mia tidak ketat yang diperkatakan sehingga menampakkan bahagian dadanya.
“Saya mengaku tudung dipakai Mia agak singkat dan saya terima teguran netizen. Namun baju tidaklah seketat seperti yang anda Nampak dalam gambar itu. Kalau lihat secara berdepan, baju itu longgar sahaja. Mungin ini disebabkan sisi kamera yang mengambil gambar itu sehingga bahagian dadanya Nampak jelas,” ujar bapa Mia, Ridz ketika dihubungi Mstar Online.
Ramai beranggapan penampilan Mia pada Festival Filem Malaysia ke 29 itu tidak sesuai dengan usianya. Walaupun telah dijelaskan ayahnya bahawa persiapan dilakukan saat akhir dan baju Mia disiapkan sehari sebelum majlis berprestij itu.
Ternyata sebagai seorang ayah, dia tidak melatah sebaliknya mempertahankan tindakan Mia yang teruk dikritik netizen. Ridz turut merasakan Mia kelihatan cantik dengan busana yang digayakannya malam itu.
“Untuk netizen yang memberi komen positif itu saya ucapkaan terima kasih. Yang positif itu saya dan Mia biarkan sahaja,” ujarnya lagi. Admin rasa kasihan pada Mia yang teruk dikritik penampilannya malam itu oleh netizen.
Pada admin baju digayakan Mia memang sangat cantik dan begitu menyerlah dengan paduan rona terang. Rasanya lamai lagi artis lain berpakaian seksi yang patut mendapat perhatian netizen. Apa pun mungkin netizen sangat sayangkan Mia dan tidak mahu Mia berpaling dari penghijrahan yang dilakukan sebaik pulang dari melakukan umrah dua tahun lalu.
Biarpun dilanda kontroversi, tetapi Mia mengambil sikap tidak komen apa-apa sebaliknya pengikut Mia juga bertambah menjadi 1 juta. Sebelum itu dia memang mengharapkan followernya akan bertambah menjadi 1 juta sebelum harijadinya. Ternyata follower tetap menyokong Mia dan buktinya pengikut Mia kita sudah 1 juta.
Apa pun jika diintai dilaman sosial Instagramnya, gaya memang Mia menepati usianya yang baru mencecah 12 tahun. Cukup santai dengan jean dan tshirt sahaja yang digayakan dengan hijab dililit ringkas.
Ayuh lupakan cerita viral itu dan layan, 7 gaya menarik Mia Sara yang memang nampak comel dan manis sekali!
1. Cantik
2. Gaya seorang kanak-kanak yang meningkat remaja
3. Gaya santai
4. Memang comel
5. Bijak bergaya
6. Ceria
7. Pandai mix & match
Download seeNI sekarang!


Sejak berhijab, penampilan pelakon jelita iaitu Hannah Delisha,24, semakin menjadi tumpuan ramai. Ramai yang terpukau dengan kecomelan dan keayuan wajahnya bila menyarungkan hijab.
Tidak perlu berlebihan, gayanya yang ringkas sudah memadai untuk menawan hati sesiapa yang melihatnya.
Sedikit info mengenainya, Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch dilahirkan pada 27 Oktober 1996 di Singapura. Hannah mula dikenali di Malaysia selepas membintangi drama Mencintaimu Mr. Photographer bersama Syafiq Kyle.
Dilihat sering mengenakan selendang, Hannah juga pernah membawa watak bertudung sebelum ini dalam drama 30 Pesanan Suara yang disiarkan pada tahun lalu di slot Akasia TV3.
Di ruang komen laman instagramnya, Hannah dihujani ribuan komen daripada rakan artis dan juga peminatnya yang gemar melihat imejnya yang terkini. Memang cantik sangat! Moga Hannah terus istiqomah berhijab dan menjadi inspirasi juga buat gadis-gadis di luar sana yang ingin berubah. InsyaAllah.
Download seeNI sekarang!


Sejak memuat naik foto berhijab labuh di laman instagram dan bertindak memadam foto-foto lama yang terdahulu, nama pelakon jelita iaitu Izara Aishah mendapat perhatian ramai kerana ramai yang menyokong penghijrahannya yang terkini.
Terbaharu, Izara turut bertanyakan soalan kepada seorang ustazah mengenai persoalan adakah haram jika seseorang itu berkongsi foto dirinya di laman sosial.
Dia juga memaklumkan sudah bersedia untuk melenyapkan segala akaun laman sosialnya jika perbuatan tersebut haram dari segi agama.
Persoalan Izara itu akhirnya menemui jawapan apabila ustazah telah menjelaskan padanya bahawa tidak haram namun haruslah sentiasa berhati-hati dan berwaspada.
Melihat ke ruangan komen di laman twitternya, ramai yang mengucapkan terima kasih di atas perkongsian Izara itu dan berharap dapat turut bersama-sama istiqomah dan menjadi lebih baik di sisi Allah.
Download seeNI sekarang!