Dituduh Ambil Tawaran Persembahan Kerana Bayaran, Haliza Maysuri Pertahan Erra Fazira – “Setakat Puluh Ribu, Suami Dia Lagi Kaya”

Dituduh Ambil Tawaran Persembahan Kerana Bayaran, Haliza Maysuri Pertahan Erra Fazira – “Setakat Puluh Ribu, Suami Dia Lagi Kaya”


Usahawan sensasi, Haliza Maysuri tampil mempertahankan Primadona Negara, Erra Fazira susulan dakwaan segelintir pihak yang menuduh aktres itu menerima tawaran membuat persembahan di majlis Dinner Bawal Exclusive semata-mata kerana bayaran.

Menurut Haliza, tanggapan sedemikian bukan sahaja tidak berasas, malah tidak mencerminkan keperibadian sebenar Erra yang disifatkannya sebagai seorang insan berhati mulia.

“Ramai saya terbaca komen yang menuduh Erra Fazira terima tawaran perform di majlis Dinner Bawal Exclusive sebab duit. Benda ini bukan pasal bayaran.

“Kalau pasal duit, suami dia lagi kaya. Suami dia usahawan, duit dalam bank berjuta. Setakat puluh ribu, itu suami dia boleh bagi. Kalau sebab duit, tak perlu Erra susah-susah,” katanya.

Tambah Haliza, individu yang dimurahkan rezeki bukan kerana terlalu mengejar harta semata-mata, sebaliknya kerana memiliki hati yang baik dan sentiasa memudahkan urusan orang lain.

“Orang yang Allah murahkan rezeki ini, bukan sebab dia kejar duit. Tapi sebab hati dia baik dan selalu mudahkan urusan orang. Sebelum komen, fikir dulu. Mulut kita ni cerminan siapa diri kita,” tegasnya.

Sebelum ini, Haliza turut meluahkan rasa terharu dan berterima kasih kepada Erra kerana sanggup menggantikan penyanyi, Ziana Zain yang terpaksa menarik diri pada saat akhir atas faktor kecemasan keluarga.

“Sehari sebelum Oscar Gala Bawal Exclusive, Ziana Zain terpaksa tarik diri kerana ibunya kritikal. Dalam keadaan betul-betul last minute, kami hubungi Erra.

“Sedangkan keesokan harinya Erra ada majlis resepsi sendiri, tapi dengan ikhlas dia sanggup datang sekejap untuk buat persembahan sebelum terus pulang bagi menjalani latihan majlisnya,” jelas Haliza.

Malah, Haliza menyifatkan pengorbanan Erra sebagai bukti kecantikan sebenar yang lahir dari hati, bukan sekadar pada rupa paras.

“Masya-Allah, cantik bukan pada rupa, tetapi pada hati juga,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top