Dituduh riak? Amin Idris nafi pertikai ibadah orang, nasihat jangan tinggal tarawih

Dituduh riak? Amin Idris nafi pertikai ibadah orang, nasihat jangan tinggal tarawih


Pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris, menasihati umat Islam supaya mengambil peluang pada bulan Ramadan untuk menunaikan solat sunat tarawih, sama ada di masjid atau secara bersendirian di rumah.

Menerusi hantaran di Threads, Amin berkata dia cuba bersangka baik terhadap segelintir muslimin dan muslimat yang dilihat keluar melakukan pelbagai aktiviti selepas waktu Isyak.

“Saya bersangka baik dengan mereka yang sibuk lari malam-malam selepas Isyak, ada yang pergi shopping, lepak mamak dan sebagainya. Mungkin mereka tarawih sendiri di rumah atau di mana-mana.
“Moga kita semua ambil peluang Ramadan ini jangan tinggal tarawih,” katanya.

Amin Idris nafi pertikai ibadah orang

Tegas beliau, solat sunat terawih boleh dilakukan secara ringkas mengikut kemampuan masing-masing.

“Buat dua rakaat, rehat sekejap kemudian sambung, rehat dan sambung sampai lapan rakaat.
“Sempurnakan dengan witir walau satu rakaat. Ramadan setahun sekali saja. Takut ini pula Ramadan kita yang terakhir,” jelasnya.

Perkongsian Amin mendapat perhatian warganet yang bersetuju bahawa solat tarawih merupakan antara amalan yang wajar diutamakan sepanjang Ramadan.

Artikel lain: Amin Idris beri teguran Ramadan – “Jangan terus hukum lapan rakaat bukan tarawih”

Namun, ada segelintir warganet tidak semena-mena mudah melatah dan menyarankan Amin untuk tidak ‘sibuk’ urusan ibadah seseorang.

Tidak berdiam diri, Amin menafikan tuduhan sesetengah warganet yang mendakwa beliau riak atau mempertikai ibadah orang lain.

“Seram saya baca komen-komen yang tuduh saya riak, pertikai ibadah orang dan sebagainya.
“Saya tulis bukan kerana bersangka buruk. Jauh sekali menuduh. Saya tulis kerana anggap mereka yang shopping, berlari dan sebagainya tetap bertarawih tapi bukan di masjid.
“Sekadar ingatkan jangan lepaskan peluang tarawih yang hanya setahun sekali walau ia tidak wajib. Maka usahalah walau sesibuk mana,” katanya lagi.

Tambah beliau, amalan fleksibel ini pernah diamalkan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri.

Sumber: Threads Amin Idris





Source link

OR

Scroll to Top