Penyampai radio dan pengacara, DJ Sonic mendedahkan dia pernah menerima surat layang daripada segelintir pihak untuk menjatuhkan reputasinya gara-gara sering mempertahankan rakan selebriti, Nur Fazura.
DJ Sonic atau nama lengkapnya, Awang Suffian Awang Hussein mendedahken perkara tersebut menerusi ciapan di platform Threads miliknya pada Jumaat menyifatkan isu berkenaan adalah perkara paling teruk dialaminya.
“Hari ini hari radio sedunia tau. Ada benda yang selama ini saya pendam. Sebak pula. Apa yang saya lalui sepanjang saya pertahankan Nur Fazura, tahun lepas paling teruk untuk saya.
“Terlalu banyak surat layang, email kepada boss-boss hinggalah pada menteri untuh jatuhkan saya.
“Mereka tak boleh buat kepada Faz, mereka serang saya. Kuasa Allah kan.
“Bila orang tahu apa yang kita buat dengan ikhlas, segala dugaan itu dapat diiharungi,” katanya.

Meskipun terkesan, Sonic tetap memilih untuk kekal profesional dan memaafkan individu-individu tersebut dan meneruskan kehidupan seperti selalu.
“Tenang semua, biarkan perkara itu. Ia dah berlalu pun. Sekarang saya jadi semakin kuat dan matang.
“Sekarang kita semua pun dah rasa bahagia kan. Kita move on saja.
“Saya dah maafkan apa yang mereka lakukan pada saya,” katanya.

Artikel Berkaitan: “Tak Pernah Berkira, Terima Kasih Belanja Kami Semua Makan” – Cecah RM450 Seorang, DJ Sonic Terharu Sikap Murah Hati Fazura
Artikel Berkaitan: “Dia Kerja Cari Duit, Usaha Dapatkan Pendidikan Terbaik Buat Fatima” – DJ Sonic Kagum Ketabahan Fazura Harungi Hidup Sebagai Ibu Tunggal






