Djokovic hampiri gelaran ATP ke-100

Djokovic hampiri gelaran ATP ke-100


Shanghai: Novak Djokovic semakin hampir untuk meraih gelaran ATP ke-100 apabila dia menewaskan pemain Amerika Syarikat (AS), Taylor Fritz, yang juga pilihan ketujuh, dengan keputusan 6-4, 7-6(6) dalam separuh akhir Masters Shanghai sekali gus menempah tempat di perlawanan akhir menentang pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner.

Sebelum itu, Sinner mengesahkan kedudukan sebagai pemain nombor satu dunia pada penghujung tahun dengan menewaskan Tomas Machac dari Republik Czech, yang juga pilihan ke-30, dengan keputusan 6-4, 7-5, sekali gus menjadi pemain Itali pertama melangkah ke final.

Djokovic, yang juga pilihan keempat, memasuki perlawanan dengan rekod menakjubkan 9-0 menentang Fritz dan segera memberikan tekanan pada permainan pembukaan.

Djokovic, juara 24 kali Grand Slam, akan beraksi dalam final kelima dalam sejarah kejohanan ini, berusaha untuk meraih gelaran ATP ke-100 serta gelaran kelima Masters Shanghai.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top