Djokovic kini pemilik kelab bola sepak

Djokovic kini pemilik kelab bola sepak


Paris: Legenda tenis dunia, Novak Djokovic kini menjadi pemilik bersama kelab bola sepak Perancis, Le Mans FC yang beraksi dalam Ligue 2, bersama dua bekas pemandu Formula 1, Felipe Massa dan Kevin Magnussen.

Perkara itu diumumkan secara rasmi oleh kelab berkenaan pada Jumaat selepas pelaburan baharu diketuai oleh kumpulan Brazil, OutField — sebuah konsortium antarabangsa yang diasaskan bersama oleh Pedro Olivera.

Pelaburan itu turut melibatkan Ketua Pegawai Eksekutif jenama makanan kesihatan global, OakBerry iaitu Georgios Frangulis.

“Djokovic, pemain paling berjaya dalam sejarah tenis, dengan kekuatan mental dan pendekatan uniknya akan membawa nilai tambah yang besar kepada kelab,” menurut kenyataan rasmi Le Mans FC.

“Massa (beraksi 15 musim dalam Formula 1) dan Magnussen (10 musim) pula akan membantu membina jambatan antara bola sepak dan sukan permotoran – kekuatan tersendiri yang dimiliki jenama Le Mans”.

Le Mans FC yang baru dinaikkan ke Ligue 2 akan memulakan kempen musim baharu mereka pada 9 Ogos, menentang Guingamp di tempat lawan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top