DMA Islam teruk ‘dibelasah’ Abang Koroy

DMA Islam teruk ‘dibelasah’ Abang Koroy


DMA Islam yang diteruk dibelasah Abang Koroy.

PEMPENGARUH media sosial, DMA Islam akhirnya tewas dalam pertarungan tinju menentang Abang Koroy pada Selasa.

Pertarungan yang berlangsung siaran langsung pada jam 10.30 malam itu, menjadi tumpuan ramai selepas DMA Islam atau nama sebenarnya Danial Mirza sebelum ini lantang mengeluarkan kenyataan kontroversi yang menyentuh jurusan Komunikasi dan Media, Teater, Muzik dan Tarian.

Berdasarkan siaran langsung di media sosial, pertarungan tersebut sepatutnya berlangsung selama lima pusingan, namun, DMA Islam tidak mampu menghabiskan keseluruhan pusingan selepas ‘dibelasah’ teruk oleh Abang Koroy.

Meskipun tewas, ramai menjangkakan DMA Islam akan mengambil peluang itu untuk memohon maaf secara terbuka kepada komuniti jurusan terbabit.

Abang Koroy membawa pulang hadiah utama, RM10,000 selepas menewaskan DMA Islam.

Abang Koroy membawa pulang hadiah utama, RM10,000 selepas menewaskan DMA Islam.

Bagaimanapun, pemuda tersebut masih berpegang pada egonya dan enggan meminta maaf, malah mengeluarkan kata-kata kesat ketika ditanya hos pertandingan, Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai.

Pertandingan yang diadakan di The Cage, Lalaport itu menawarkan hadiah utama sebanyak RM10,000 yang dimenangi oleh Abang Koroy.

Sebelum ini, DMA Islam meluahkan rasa kecewa apabila pertarungan tinju menentang Abang Koroy sempena Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025) di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada Ahad dibatalkan pada saat-saat akhir.

DMA Islam mendakwa, dia telah melakukan persiapan rapi selama tiga bulan bagi menghadapi pertarungan Twins Championship Amateur & Pro HSN 2025 tersebut.

 



Source link

OR

Scroll to Top