“Doakan Yang Baik-Baik & Alhamdulillah Anak-Anak Saya Sangat Selesa” – Tak Mahu Gimik, Adira Suhaimi Akui ‘Jejaka Misteri’ Istimewa 

“Doakan Yang Baik-Baik & Alhamdulillah Anak-Anak Saya Sangat Selesa” – Tak Mahu Gimik, Adira Suhaimi Akui ‘Jejaka Misteri’ Istimewa 


Penyanyi Adira Suhaimi memilih untuk tidak terlalu terbuka mengenai hubungan cintanya dengan jejaka misteri seperti yang dikongsikan kepada umum sebelum ini.

Menurut Adira atau nama lengkapnya, Siti Adira Suhaimi, 35, dia tidak menafikan jejaka itu istimewa dalam hidupnya.

“Boleh dikatakan istimewa, sebab saya jarang kongsi tentang mana-mana lelaki. Jadi saya harap semua doakan yang terbaik,” katanya.

Adira berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Talk To My Manager musim kedua yang berlangsung di Petaling Jaya, pada Jumaat.

Meskipun tidak memperincikan dengan lebih lanjut mengenai identiti sebenar jejaka misteri berkenaan, pelantun lagu Sayang Orang Sama itu, bagaimanapun mengahrapkan doa yang baik-baik.

“Setakat ini, apa yang saya kongsi di media sosial, itu sahaja yang boleh saya kongsikan.

“Saya akan terus dengan cara itu dan mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua, insya-Allah.

“Alhamdulillah, setakat ini anak-anak selesa. Saya tak boleh kongsi lebih lanjut kerana perlu menghormati keluarga,” jelasnya.

Dalam pada itu, Adira memaklumkan, setiap perkongsian di media sosial dibuat atas kehendaknya sendiri dan bukannya gimik.

“Saya tak buat gimik. Apa yang saya kongsi di media sosial adalah apa yang saya suka, tiada paksaan.

“Apa yang ada di media sosial saya itu adalah perkara yang buat saya bahagia,” ujarnya.

Terdahulu, perkongsian foto di Instagram memaparkan dirinya bersama seorang jejaka berambut panjang mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.



Source link

OR

Scroll to Top