Pelakon Chacha Maembong berkata dia akan terus memberikan sokongan moral buat kakaknya, Emma Maembong yang sudah putus cinta dengan kekasihnya, DJ Kidd.
Memetik mStar Online, Chacha bagaimanapun memilih untuk tidak masuk campur urusan peribadi Emma kerana kakaknya lebih tahu situasi sebenar.
BACA: Emma Maembong Terkilan DJ Kidd Umum Berpisah Secara Terbuka, Tak Tutup Pintu Jodoh
“Saya tak berani bercakap bagi pihak kakak saya kerana pada akhirnya bukan saya yang melalui kehidupan hariannya. Jadi saya tak thau situasi sebenar yang dilaluinya.
“Namun apa yang saya tahu, apa saja keputusan yang dibuat sama ada mereka sudah berpisah atau sebaliknya, saya tetap akan berada di sisi Emma,” katanya.
Dalam pada itu, Chacha turtu meminta netizen tidak timbulkan sebarang spekulasi tidak benar serta mendoakan yang terbaik buat Emma.
“Saya berharap orang di luar sana dapat doakan yang terbaik buatnya kerana dia dah lalui banyak perkara. Saya rasa sekarang adalah masa untuk dia melalui proses penyembuhan diri dengan tenang,” katanya.






