Doktor disiasat cabul remaja dibebaskan dengan jaminan polis

Doktor disiasat cabul remaja dibebaskan dengan jaminan polis


IPOH – Seorang doktor yang ditahan bagi membantu siasatan kes cabul seorang  remaja perempuan berusia 15 tahun dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah ketika dihubungi berkata, setakat ini, belum ada suspek atau saksi lain yang dipanggil bagi membantu siasatan kes tersebut.

Artikel berkaitan: Doktor disyaki cabul remaja direman

Semalam, Hafezul Helmi dalam kenyataan berkata doktor berkenaan ditahan Rabu lepas susulan laporan yang dibuat remaja itu sehari sebelumnya.

Menurutnya, mangsa mendakwa diganggu secara seksual oleh lelaki dipercayai doktor semasa mendapatkan rawatan di wad kecemasan Hospital Changkat Melintang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – BERNAMA



Source link

OR

Scroll to Top