Seorang doktor yang dikenali sebagai Doktor Taufiq Raziff menerusi kenyataannya di media sosial baru-baru ini mencuri perhatian apabila dia memaklumkan keadaan sebenar pelakon dan peserta misi kemanusiaan Global Sumud flotilal (GSF), Ardell Aryana.
Menurutnya, dia adalah orang yang bertanggungjawab menjaga Ardell sepanjang perjalanan dari Turki sehinggalah sampai di Malaysia.
Jelasnya, Ardell adalah peserta yang paling teruk diuji dalam misi kali ini kerana keadaan badan Ardell yang asyik kekurangan air, pucat dan tekanan darah yang tidak berapa baik.
“Saya sebenarnya risaukan sangat keadaan Ardell.
“Sepanjang dari Turki sampailah Malaysia sayasentiasa iring dan jaga dia. Pucat je bibirnya, badan asyik kurang air dan tekanan darah yang tak berapa cantik.
“Dia paling teruk diuji sepanjang misi kali ini. Tapi dia tak banyak merungut,” katanya.
Mengulas lanjut, Taufiq berharap agar kesihatan Ardell kembali pulih dan memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat ibu anak dua itu.
Sebelum ini, suami Ardell yang juga pelakon Nadzmi Adhwa memohon diberikan ruang kepada isterinya itu untuk berehat kerana masih belum sihat sepenuhnya selepas dibawa pulang ke tanah air dari Istanbul, Turkiye, baru-baru ini.
Nadzmi, 33, menerusi perkongsian di Threads memaklumkan, dia tahu banyak pihak ingin berjumpa dengan Ardell untuk bertanya pengalaman yang dilaluinya ketika menjadi tahanan tentera Isr**l di Gaza.
“Salam semua. Saya tahu ramai yang call, contact dan ambil berat sangat tentang Ardell. Nak dengar sendiri dari dia.
“Saya minta semua sabar dan tunggu Ardell betul-betul sembuh fizikal dan mental ya,” kongsinya.
ARTIKEL BERKAITAN:Kejam! Rambut Ditarik, Muka Ditumbuk… Ardell Aryana Alami Tekanan Darah Rendah Lepas Ditahan Isr**l
ARTIKEL BERKAITAN:Kejam! Rambut Ditarik, Muka Ditumbuk… Ardell Aryana Alami Tekanan Darah Rendah Lepas Ditahan Isr**l
ARTIKEL BERKAITAN:Guna Taktik Perang Psikologi, PU Rahmat Dedah Ardell Aryana Diugut Tentera Zio**s – “Mereka Tahu Semuanya”
ARTIKEL BERKAITAN:“Mereka Seperti Wali-Wali Gaza” – Iylia Balqis Dedah Kejadian Sebenar Kapal Mikeno Dinaiki Ardell Aryana