03 Disember 2025 08:54pm
Masa membaca: 4 minit
Arif Aiman dirawat doktor ortopedik terkemuka, Dr Lasse Lempainen, yang pernah merawat beberapa atlet elit dalam pelbagai disiplin sukan. Foto Facebook Johor Southern Tigers
KELAB Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengesahkan bintang sensasinya yang juga ayam tambatan Harimau Malaya Arif Aiman Mohd Hanapi selamat menjalani pembedahan di Finland.
JDT turut memaklumkan bahawa Arif Aiman dirawat doktor ortopedik terkemuka, Dr Lasse Lempainen, yang pernah merawat beberapa atlet elit dalam pelbagai disiplin sukan.
“Pakar ortopedik ini pernah bekerja dengan atlet daripada pelbagai sukan termasuk pemain bola sepak seperti pemenang Ballon d’Or 2025 Ousmane Dembele, Reece James, Ruben Neves, Nuno Mendes, Alejandro Balde, Ronald Araujo dan ramai lagi,” menurut kenyataan kelab itu.
Arif Aiman mengalami kecederaan ketika aksi kelima Kumpulan F menentang Nepal pada kempen kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, 18 November lepas.
Pemain sayap berusia 23 tahun itu sempat beraksi kira-kira lapan minit sebelum terpaksa dikeluarkan dan tempatnya digantikan dengan Mohamad Faisal Halim, yang meletakkan Malaysia menang 1-0. – Bernama
Ringkasan AI
- Arif Aiman Mohd Hanapi telah menjalani pembedahan di Finland
- Doktor Lasse Lempainen, doktor ortopedik terkemuka, merawat Arif Aiman
- Pakar itu pernah bekerja dengan atlet pelbagai sukan termasuk pemenang Ballon d’Or 2025, Ousmane Dembele
- Arif Aiman mengalami kecederaan ketika beraksi menentang Nepal
- Pemain berusia 23 tahun itu dikeluarkan setelah bermain kira-kira lapan minit dan digantikan oleh Mohamad Faisal Halim






