“Don’t Hate The Sinners, Hate The Sin” – Sharnaaz Ahmad Bidas Teguran Tareq Fit

“Don’t Hate The Sinners, Hate The Sin” –  Sharnaaz Ahmad Bidas Teguran Tareq Fit


Pelakon, Sharnaaz Ahmad tampil menegur jurulatih kecergasan, Tareq Fit, susulan tindakannya mempertikaikan kandungan video Jamilah lakonan Que Haidar, selain menyifatkan penganjuran serta kehadiran ke konsert sebagai satu bentuk maksiat.

Teguran itu disuarakan Sharnaaz menerusi ruangan komen di Instagram milik aktres, Fasha Sandha, yang sebelum ini turut mempertahankan Que Haidar berhubung isu sama.

Menurut Sharnaaz, adalah tidak wajar sekiranya seseorang terus menjatuhkan hukum secara terbuka, apatah lagi melibatkan isu agama dan sensitiviti pihak lain.

“Bro, talk too much and no achievement. Brother to brother, keep humble. Allah lagi sayang. Tak semua benda kena dengan tekak kita dan syarak. Itulah namanya manusia. Don’t hate the sinners, hate the sin. Islam ajar ni mat, aku pun masih belajar,” katanya.

Sementara itu, Tareq tampil membalas teguran berkenaan dengan menegaskan pendiriannya sebagai sesama Muslim, namun berpendapat hakikat tertentu perlu diterima.

“Kita sesama Muslim bro, Alhamdulillah aku hormat semua tapi hakikat kena terima,” bidasnya.

Dalam respons lanjut, aktor filem popular, Blood Brothers ini mengakui terdapat sebahagian teguran Tareq yang wajar diterima, namun menegaskan pendekatan menghukum secara melampau bukan jalan terbaik.

“Ada yang aku setuju dengan teguran anda, good advice. Dan ada yang agak too much untuk jatuhkan hukum. Influence people for the best bro, respect is mutual,” katanya.

Artikel Berkaitan: Fasha Sandha Tidak Berdiam Diri, Bidas Kenyataan Tareq Fit – “Artis Pun Cari Rezeki, Bukan Untuk Dihukum Terbuka”



Source link

OR

Scroll to Top