September 8, 2024

Doping untuk rambut anda?

Doping untuk rambut anda?


Alpecin, syampu antikeguguran rambut terlaris di Jerman, memasukkan amaran pada label produknya yang ditujukan kepada atlet, mengakui potensi pengesanan kafein dalam folikel rambut disebabkan perumusannya berasaskan kafein.

Perhatian kepada atlet yang bertanding, Alpecin Caffein boleh dikesan dalam folikel rambut.

Punca amaran pelabelan itu berikutan formulasi eksklusif produk ini mengandungi dos kafein aktif yang tinggi, satu inovasi yang bukan sahaja menguatkan rambut tetapi juga memainkan peranan penting mengurangkan keguguran rambut dengan ketara.

Walaupun kafein sudah dikeluarkan daripada senarai bahan terlarang World Anti-Doping Agency (WADA) pada 2004, pengawasan terhadap penyalahgunaannya tetap diteruskan. 

Malah, beberapa institusi sukan seperti National Collegiate Athletic Association (NCAA) di Amerika Syarikat mengklasifikasikan kafein sebagai bahan terlarang kerana atlet boleh menggunakannya untuk meningkatkan prestasi dan meningkatkan daya tahan.

Justeru itu, Alpecin berusaha untuk menjamin ketelusan dan ketenangan fikiran bagi penggunanya.

Alpecin juga menekankan bahawa dos produknya hanya boleh dikesan dalam folikel rambut penggunanya dan tidak dianggap sebagai doping.

Sebaliknya, perlu diingatkan bahawa slogan ‘Doping untuk rambut anda’ adalah merujuk kepada peningkatan prestasi rambut hasil khasiat ramuan kafein.

Formula eksklusif Alpecin Caffeine Shampoo turut disokong oleh kajian saintifik yang menunjukkan keberkesanannya dalam mencegah keguguran rambut keturunan.

Dengan bahan-bahan seperti zink, niasin, mentol, vitamin E dan vitamin A, ia melengkapkan tindakan kafein untuk mengatasi kesan berbahaya pada akar rambut.

Rangsang pertumbuhan rambut

ImagePenyelidikan daripada University of Jena menyerlahkan keberkesanan kafein sebagai perangsang pertumbuhan rambut dalam kes alopesia.

Begitu juga, kajian dari Center of Experimental and Applied Cutaneous Physiology di Charité Clinic di Berlin yang mendedahkan bahawa kafein menembusi folikel rambut, membentuk bekalan yang kesannya boleh bertahan sehingga 24 jam.

Image

Pengeluar Alpecin, Dr. Kurt Wolff GmbH & Co. KG dalam komitmen mereka terhadap penyelidikan dan inovasi, menyumbang kepada pemahaman kafein sebagai agen perangsang untuk rambut.

Melangkaui kejayaan komersial, jenama ini menyokong penyelidikan mengenai pencegahan awal keguguran rambut dan terus melabur dalam inovasi untuk sektor itu.

Dapatkan syampu anti keguguran rambut Alpecin di Shopee hari ini.

Rujukan: Data jualan Nielsen Jerman dari 2013 hingga 2022.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top