Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah membuat laporan polis susulan barangan peribadinya dipindahkan keluar tanpa notis serta tanpa kebenaran.
Memetik mStar Online, Dr Fie berkata tindakan tersebut dianggap melanggar privasi dan seandainya dia menyewa, tidak boleh mengeluarkan barang tanpa izin.
BACA: “Balik Ni Kena Bantu Cucu Kemas Bilik Baru..Selamat Pulang Anakku” – Ibu Dr Fie
“Saya sudah buat laporan polis semalam (Khamis). Selepas ini saya akan serahkan semuanya mengikut tindakan undang-undang.
“Peguam saya cakap tindakan dia (Nubhan) melanggar undang-undang. Kalau kita sewa rumah pun, mereka tak boleh memegang atau mengeluarkan barang tanpa izin.
“Bagi saya ia telah melanggar privasi. Di rumah adalah hak privasi kita, bukan semua orang boleh tengok dan pegang barang saya,” katanya.
Sementara itu,Dr Fie turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan bekas suaminya meminta individu lain mengeluarkan barangan tanpa mengambil kira keadaan rumahnya serta ketika itu dia tiada dirumah.
“Buat masa sekarang saya duduk di rumah emak. Barang-barang saya masih di luar rumah. Nak masukkan barang dalam rumah pun dah penuh.
“Dah jadi satu kerja saya nak kena kemas semula barang-barang itu. Kalau saya nak pindah rumah, dah dua kali kerja.
“Anak-anak pun ada bertanya kenapa barang-barang ibu dekat sini (luar rumah). Saya cuba fahamkan anak-anak dengan memberitahu itu bukan rumah kita lagi. Nanti ibu cari rumah baru, rumah yang lagi best,” katanya.
Sumber: mStar Online





