Dr Fie mahu tampil yakin, bukan kejar kurus semata

Dr Fie mahu tampil yakin, bukan kejar kurus semata

Dr Fie mahu tampil yakin, bukan kejar kurus semata


norhayati_nordin@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bekas isteri penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr Fie, 36, memaklumkan ada ‘seseorang’ memberitahu dia kini kelihatan semakin kurus.

Menurut doktor gigi itu pada hantaran dimuatnaik di Instagram (IG), dia bagaimanapun beranggapan kurus yang dikatakan terhadap dirinya mungkin disebabkan ‘angle’ gambar diambil daripada sisi berbeza.

“Adalah ‘someone’ (seseorang) ni kata, Fie kurus… kadang-kadang mungkin salah ‘angle’ ambil gambar nampak Fie berisi.. tapi musykil sangat, saja nak ambil hati atau memang kurus bulan puasa ni.

“Apapun Fie tak kejar kurus semata-mata. Fie nak rasa sihat, bertenaga dan lebih yakin dengan diri sendiri. Slow progress but consistent (perkembangan yang perlahan tapi konsisten),” tulisnya pada hantaran itu.

Ibu tunggal tiga anak ini turut memaklumkan ‘seseorang’ berkenaan juga memintanya agar ‘cut’ gula, makan yang sihat-sihat sahaja termasuk kalau memasak di rumah.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen mendoakan yang terbaik buat Dr Fie agar menemui kebahagiaan baharu untuk dirinya dan anak-anak.

“Moga kebahagiaan milik kamu, moga Dr Fie dan anak-anak dalam lindungan Allah selalu,” tulis warganet.

“Wah, sempoi la Dr Fie. Terbaik sangat,” ujar seorang pengguna media sosial.

“Yang penting makin cantik, makin kurus,” tulis warganet.

Terdahulu pada 2 Disember 2025, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan Dr Fie dan bekas suami, Nubhan Ahamad sah bercerai talak dua.

Pasangan ini yang berkahwin pada 29 Ogos 2015 dan hidup bersama selama 10 tahun dikurniakan tiga cahaya mata.

Selepas perceraian, difahamkan Dr Fie mendapat tawaran menjadi duta produk serta sudah berjaya membeli aset sendiri iaitu sebuah kereta elektrik dan berpindah ke kediaman baharu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top