“Drama Sekarang Tiada Cerita Lain, Pusing-Pusing Kisah Penyondol, Wanita Bod*h” 

“Drama Sekarang Tiada Cerita Lain, Pusing-Pusing Kisah Penyondol, Wanita Bod*h” 


 Pelakon Reen Rahim meluahkan rasa meluat dengan karya sekarang yang sering memaparkan drama berkisarkan isu penyondol serta wanita murah.

Menerusi perkongsian di Threads, Reen berkata sudah beberapa tahun skrip drama tempatan tidak banyak berubah.

BACA: Reen Rahim Rasa Meluat Asyik Keluar Berita Pasal F.L 

“Jujur cakap… makin lama makin meluat. Drama sekarang macam tak ada cerita lain. Pusing-pusing kisah penyondol, wanita bodoh, wanita murah. 5 tahun ni macam skrip stuck dekat takuk yang sama,” katanya.

Sementara itu, Reen berkata membawakan watak antagonis atau jahat sememangnya menyeronokkan bagi seorang pelakon.

Tambahnya lagi, gambaran wanita seperti yang dipaparkan dalam drama juga tidak lagi relevan apatah lagi masyarakat kini sudah bijak.

“Penatlah ek tengok  cerita pompuan murah, lelaki tak ada pegangan, perempuan bodoh,lelaki bebal, itu zaman bila punya perempuan, zaman tu dah habis ah. 

“Sekarang manusia dah bijak, faham dan ada value, bukan marah.K ita cuma rindu cerita yang yang ada nilai,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top