Sejak beberapa hari lalu drama lakonan Uqasha Senrose dan Zul Ariffin menjadi bualan ramai di media sosial dimana ramai yang terkejut dengan dialog drama berkenaan.
Perkara itu turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun yang menyifatkan drama itu tidak bermoral lebih-lebih lagi ditayangkan menjelang Ramadan.
BACA: “Makan You Je Lah” – Dialog Manja Zul Ariffin Dalam Bisik Asmara Buat Netizen Seram
Ustazah Asma berkata dia tidak menonton drama berkenaan sebaliknya klip babak drama berkenaan muncul di media sosial serta turut berpendapat ianya memalukan dan meloyakan.
“Drama tak bermoral dan ala ala ‘soft porn’ seperti ini makin menjadi-jadi, lagi bila kita sudah di ambang Ramadan, ia amat memalukan dan meloyakan.
“Saya tak tengok drama ini, cuma sedutan pendeknya asyik melintas je di medsos, dengan dialog dan adegan ke arah layan bayangan ‘Bisikan Hawa Nafsu Asmara’. Sebenarnya apa mesej baik nak disampaikan?” tulisnya.
Sementara itu, Ustazah Asma turut mempersoalkan tentang jalan cerita drama tersebut serta pengajaran yang diperoleh.
“Nak cerita bagaimana curang dan sondol tu bermula? Nak didik masyarakat supaya jangan curang?
“Atau nak bagi amaran kepada para penyondol? Atau lepas ni dua dua menyesal sebab akan ada kesudahan yang beri pengajaran? Jadi penonton kena sabar dulu? Jangan judge jangan buat kesimpulan awal dan lain-lain,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ustazah Asma berkata apa saja tujuan drama berkenaan ianya tidak menghalalkan cara apatah lagi ada melibatkan babak bersentuhan.
“Dan untuk sampai kepada kesudahan dan mesej yang kamu rasa bagus itu, penerbit, pengarah, para pelakon yang muslim, yang dah faham hukum hakam bahawa Haram pegang, sentuh, peluk walau berlapik antara ajnabi (lelaki perempuan asing).
“Apatah lagi tanpa berlapik dan semua ayat ayat ke arah Asmara Haram ni, semuanya adalah maksiat dan dosa. Jelasnya apapun matlamat yang baik tidak menghalalkan cara yang haram,” tulisnya.






