Druijf tak tahu ada darah Malaysia

Druijf tak tahu ada darah Malaysia


FERDY Druijf yang dikaitkan sebagai pemain warisan negara dan bakal menyarung jersi Harimau Malaya tidak mengetahui mempunyai darah warisan Malaysia.

Perkara itu dinyatakan Druijf yang menjawab mengenai desas-desus dia bakal menyertai Harimau Malaya dalam satu wawancara bersama sebuah media antarabangsa.

Malah, dia mendedahkan hanya mengetahui perkara tersebut menerusi satu akaun Instagram yang menyatakan dia merupakan pemain warisan.

“Ya, ini agak gila sebenarnya, saya kena jujur. Satu akaun di Instagram tiba-tiba muncul dengan (khabar angin memiliki darah Malaysia) itu.

“Kemudian, saya tak buat apa-apa mengenainya tetapi semua orang telah menyebarkan hal itu.

“Saya mendapat pertambahan pengikut di Instagram dan saya tahu semuanya. Ia satu sebab yang gila.

“Dan dia (akaun Instagram itu) berkata, nenek saya ada pertalian darah dengan Malaysia tetapi apa yang benar, mungkin mereka lebih mengetahuinya daripada saya,” katanya dalam wawancara itu.

Menurutnya, dia akan melakukan ujian DNA bagi mendapatkan keputusan mengenai status sebenarnya.

“Ibu bapa saya pun tidak tahu banyak mengenainya. Jadi, ya, mungkin itu akan terbongkar jika saya melakukan ujian DNA.

“Saya benar-benar ada ujian DNA di atas meja sekarang, jadi saya fikir, kenapa tidak? Saya akan mencubanya.

“Saya akan lihat apa (keputusan) yang akan keluar, mungkin orang lain lebih tahu daripada saya,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top