Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida berkata daripada 20 buah rumah yang dimiliki hanya satu sahaja yang didudukinya selebihnya diberikan kepada staf dan saudara mara untuk tinggal secara percuma.
Memetik Astro Gempak, Vida berkata sudah menjadi tanggungjawabnya dan segala bil api mahupun air turut ditanggung olehnya.
BACA: Datuk Vida Dedah Individu Berjaya Bida Barangan Mewah Pekerjanya Sendiri
“Saya ada 20 buah rumah, tapi hanya sebuah rumah sahaja saya diami sekarang. Selebihnya saya bagi staf dan saudara-mara tinggal percuma. Bil api, air semua saya bayar.
“Itulah tanggungjawab saya kepada mereka yang dekat. Harapnya apa yang saya bantu memberikan kesenangan buat mereka, insya-Allah,” katanya.
Sementara itu, Vida berkata jumlah nilai keseluruhan hartanah berkenaan dianggarkan mencecah RM50 juta meliputi kawasan perumahan komersial dan kediaman mewah serta tidak bercadang untuk menjualnya meskipun ada yang berminat untuk membeli.
“Semua 20 buah rumah itu lebih kurang RM50 juta. Kawasan yang saya beli kebanyakannya komersial. Ada yang harga RM2 juta seunit, RM1 juta, RM600,000… saya memang ambil corner lot dan banglo.
“Ada orang nak beli, cuma saya tak mahu jual lagi. Kalau saya jual sekarang, nak dapat semula tanah dan kawasan macam itu memang tak akan jumpa.
“Jadi saya simpan sahaja untuk generasi akan datang. Semoga apa yang saya buat ini jadi saham di akhirat,” katanya.
Sumber: Astro Gempak






