September 8, 2024

Dua beradik antara yang ditahan bersama senapang patah, dadah

Dua beradik antara yang ditahan bersama senapang patah, dadah


KUANTAN- Polis Pahang merampas selaras senapang patah bersama beberapa butir peluru selepas melakukan sebuan di sebuah pondok yang terletak di Kampung Bukit Mat Daling berdekatan Ulu Tembeling, Jerantut, 11 Julai lalu.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, serbuan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Jerantut di bawah Ops Hawk itu, turut berjaya menemukan dadah bernilai RM6,000.

Katanya, ketika serbuan pada jam 6 pagi itu, tiga suspek termasuk dua orang adik-beradik berusia antara 23 dan 37 tahun itu sedang berehat di dalam pondok berkenaan.

“Pihak kami menemui dadah jenis methamphetamine, heroin dan ganja di dalam pondok berkenaan bersama dengan selaras senapang dan tujuh butir peluru.

“Kesemua suspek disahkan positif methamphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, polis turut merampas sebuah kereta Honda City yang dimiliki salah seorang suspek.

Tambah beliau, kesemua suspek direman sehingga 17 Julain ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya dan Akta Senjata Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana memiliki senjaya api tanpa lesen.- MalaysiaGazette

 



Source link

OR

Scroll to Top