Dua beradik yatim piatu selepas tragedi kebakaran di Raub, MARA janji hulur bantuan

Dua beradik yatim piatu selepas tragedi kebakaran di Raub, MARA janji hulur bantuan

Dua beradik yatim piatu selepas tragedi kebakaran di Raub, MARA janji hulur bantuan


Kebajikan dua adik-beradik yang terselamat dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Jalan Ulu Dong, akan terus diberi perhatian sewajarnya.

keluarga meninggal dalam tragedi kebakaran

Menerusi kenyataan daripada Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, beliau menyatakan pihaknya prihatin dengan nasib kedua-dua beradik itu yang menjadi yatim piatu dalam sekelip mata.

“Insya-Allah, pihak MARA akan menghulurkan bantuan sewajarnya serta memastikan kebajikan ahli keluarga yang ditinggalkan terus diberi perhatian dan sokongan yang diperlukan dalam tempoh sukar ini,” katanya.

Adik-beradik terselamat dalam tragedi kebakaran berada di asrama

Difahamkan, kedua-dua beradik berkenaan terselamat kerana tidak berada di rumah ketika kejadian berlaku.

Kakaknya kini sedang mengikuti pengajian di kolej matrikulasi, manakala adiknya berada di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dong.

Asyraf akui sangat terkesan dengan kejadian tersebut lebih-lebih lagi apabila salah seorang pelajar MRSM turut menjadi korban dalam kejadian yang berlaku awal pagi tadi.

“Saya amat terkesan dan cukup dukacita atas insiden yang meragut lima nyawa sekeluarga ini. Kebakaran tersebut memusnahkan 100 peratus struktur rumah, selain turut membabitkan tiga buah kereta dan tiga motosikal yang hangus terbakar,” ujarnya.

tragedi kebakaran

Artikel lain: Jangan tolak tawaran MRSM kerana miskin, bantuan khas Budi MARA disediakan – Asyraf Wajdi

Terdahulu, seorang pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Bentong yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Ruby Adira Batreisya Mohd Alawi, 17, antara lima sekeluarga yang terkorban dalam kebakaran kira-kira jam 3.44 pagi itu.

Insiden tersebut memusnahkan keseluruhan struktur rumah selain tiga buah kereta dan tiga motosikal.

Sumber: Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki





Source link

OR

Scroll to Top