Dua beregu campuran kandas di suku akhir Indonesia Masters

Dua beregu campuran kandas di suku akhir Indonesia Masters


Tang Jie (kiri) dan Ee Wei tumpas kepada pasangan Thailand dalam aksi suku akhir Indonesia Masters di Jakarta pada Jumaat. Foto Agensi.

PERJALANAN dua beregu campuran negara pada Kejohanan Badminton Indonesia Masters di Jakarta terhenti dalam saingan suku akhir sebentar tadi.

Pasangan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang turun sebagai pilihan kedua kejohanan tumpas kepada Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dalam pertarungan tiga set permainan.

Mereka yang turun sebagai pilihan kedua kejohanan bermula dengan langkah kanan apabila menang set pertama 21-18 dalam saingan yang berlangsung di Istora Senayan itu.

Biarpun memberi tentangan sengit dalam dua saingan seterusnya, namun nasib tidak memihak Tang Jie-Ee Wei setelah kalah 20-22, 18-21 kepada pasangan dari Thailand itu dalam tempoh 71 minit permainan.

Gandingan negara memperagakan prestasi konsisten dalam dua kejohanan sebelum ini apabila mara ke separuh akhir pada Terbuka Malaysia dan Terbuka India.

Soon Huat (kiri) dan Shevon gagal mara ke separuh akhir Indonesia Masters setelah kalah kepada gandingan Jepun di Jakarta pada Jumaat. Foto Agensi.

Soon Huat (kiri) dan Shevon gagal mara ke separuh akhir Indonesia Masters setelah kalah kepada gandingan Jepun di Jakarta pada Jumaat. Foto Agensi.

Dalam pada itu, impian satu lagi wakil negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai untuk mara ke separuh akhir kejohanan berstatus Super 500 tersebut juga tidak kesampaian.

Pasangan suami isteri itu tewas di tangan gandingan Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito 15-21, 9-21 dalam masa 30 minit.



Source link

OR

Scroll to Top